Punya Masa?
Loosely translated - “Got Time?”, sempena mengambil the famous quote in magazines - “Got milk?”. heh.
Bismillahi ar-Rahman ar-Raheem,
Begitu cepat rasanya seminggu berlalu. Sedar tak sedar, tarikh 17hb telah berubah kepada bulan yang berikutnya. Sudah sebulan diri ini diberikan rezeki untuk memegang jawatan “part-time” (dalam kamus hidup ana) dalam ruang kerja yang mencabar. Dan 17hb, dua bulan yang lalu, juga adalah tarikh di mana diri ini dibukakan jalan untuk memilih sesuatu yang insya Allah
akan mendatangkan kebaikan di masa hadapan.
Rasanya seperti tujuh hari dalam seminggu itu memang tidak cukup untuk melakukan semua aktiviti yang dirasakan penting, pagi dan petangnya diisi penuh dengan menyediakan bahan-bahan keperluan kursus, seusai masa untuk balik, dijanjikan masa rehat badan dan otak yang letih, di samping melayani karenah keluarga, dan kehendak diri untuk menghabiskan bacaan buku-buku yang bukan akademik. Di samping itu juga, komitmen hari Jumaat dan hari Ahad yang sudah dipenuhi dengan aktiviti yang memang sudah di’booked’, membuatkan orang tertanya, apa sebenarnya yang berlaku di hari Minggu ana jika bukan menghadirkan diri ke kenduri perkahwinan kaum keluarga dan kawan, atau menghabiskan masa di rumah sambil releks, atau menghabiskan duit di kedai sambil shopping atau melepak di cafe-cafe tanpa ada perbincangan yang memuaskan fikiran dan hati. Semoga saja Allah
kurniakan nikmat ‘rehat’ yang cukup buat diri ini, walaupun definisi ‘rehat’ itu mungkin berbeza dengan mereka yang tidak lalui apa yang kita lalui.
Punya masa, sepatutnya kita kejar ilmu. Punya masa, sepatutnya kita tambahkan pengetahuan, tingkatkan amal. Punya masa, sepatutnya kita perkokohkan ukhuwwah dengan menghadirkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang khas. Punya masa, sepatutnya kita lakukan itu semua bukan kerana ‘disuruh’ tetapi kerana Allah
semata.
Tiadalah terdorong hati yang malas untuk membelak buku bacaan, apatah lagi menghadiri kelas agama. Alasan yang skema, “I haven’t got the time.”
Allah
swt berfirman, “Demi masa…sesungguhnya manusia dalam kerugian…” [103: 1-2]
Alangkah ruginya masamu jika tidak diisi dengan ilmu yang membuatkan dikau lebih cinta kepada Allah
. Alangkah ruginya masamu jika tidak diisi dengan tarbiyah yang membuatkan dikau lebih faham akan ad-deen Islam. Alangkah ruginya masamu jika tidak diisi dengan muhasabah tentang kenapa sebenarnya kita dihantar ke dunia? Apakah peranan kita? Apakah tujuan hidup kita? Sudah cukupkah amalan yang dikau lakukan andai kata petang ini Allah
memanggilmu kembali kepadaNya?
Allah
swt berfirman, “…Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” [31:15]
Wahai dikau hamba Allah
, sedarkah akan keagungan Allah
swt yang telah menciptakanmu? Bukan hanya dibibir dikau melisankan Allahu Akbar. Getaran kalimah itu sepatutnya sudah cukup untuk membuatmu tunduk, untuk membuatmu sujud, untuk membuatmu sedar betapa kerdilnya dan tidak bermayanya dirimu tanpa Allah
. Allah
-lah yang memiliki segala kekuatan!
”Katakanlah ‘Siapakah Tuhan yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki ‘Arsy yang agung?’. Mereka akan menjawab, ‘(Milik) Allah
.’ Katakanlah, ‘Maka mengapa kamu tidak bertaqwa?’” [23:86-87]
Wahai dikau hamba Allah
, bermohonlah doa kepada Yang Maha Mendengar agar hatimu diterangi cahaya hidayah untuk kembali kepadaNya, berada dijalanNya yang lurus. Tanpa doa, kita lemah, tanpa usaha, kita sudah gagal sebelum kita mula melangkah.
Wahai dikau hamba Allah
, andai dikau ditakdirkan berjumpa dengan pewaris nabi yang mendokong amanah tanggungjawab berdakwah, janganlah dikau terlalu cepat menyisihkannya dari pandangan matamu, dia hanyalah menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah
untuk menyedarkan dirimu yang masih alpa dengan nikmat dunia yang sementara. Kalaupun hatimu belum ‘terbuka’ untuk menerima hidayah, akan tetapi janganlah kurang doamu untuk memohon belas kasih sayang Allah
agar memilihmu untuk menjadi hambaNya yang dikurniakanNya dengan jalan yang lurus.
Ketahuilah wahai dikau hamba Allah
,
“Dan sungguh, (agama tauhid) inilah agama kamu, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepada-Ku” [23:52]
Tidak kenal, maka kamu tidak akan cinta.
Punya masa, bergandinglah dengan para pendakwah Islam yang mengasihi dikau kerana Allah
swt semata.
Untuk para pejuang Islam… mujahidah Islam, kamulah permata hiasan dunia yang sangat sangat berharga. Ana uhhibukum fillah…
“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah
dengan jihad yang sebenarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak mejadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah
) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur’an) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah
. Dia-lah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik Penolong”
[22-78]











